Meniti Usia Emas Dengan Berkualiti
RM5 JUTA DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA 50 PONDOK PENGAJIAN TURATH AMANULLAH, PONDOK WARGA EMAS DI SELANGOR
“Mengharungi kehidupan di penghujung usia bukanlah mudah…”
Kebanyakkan warga emas hari ini lebih banyak mengalami rasa putus harapan dan bosan untuk meneruskan kehidupan seharian lagi-lagi di ambang endemik yang tiada kesudahan. Mujurlah kini lebih banyak pusat pengajian Islam secara formal telah dibina dan diwujudkan untuk warga emas menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka di penghujung usia dengan lebih bermanfaat.
Alhamdulillah, AMANULLAH CENTER juga tidak terkecuali untuk turut sama memberikan peluang kepada warga emas seusia 60 tahun ke atas atau mana-mana yang berkelayakan untuk meneruskan kembali kehidupan mereka dengan lebih bermakna dengan menjadi penghuni Pondok Turath Amanullah, bertempat di Kampung Tanjung Sg Choh Rawang, Selangor.
Asbab hasil cetusan idea dari pengasas pondok ini sendiri, Ustaz Mohd Rozalie Zahari Al Hafiz yang inginkan komuniti warga emas disini mendapatkan pendidikan ilmu akhirat secara bersistem dan mampu milik, maka disini akan terbinanya kediaman pondok warga emas yang jauh lebih kondusif untuk keselesaan komuniti kecil ini nanti.
Pembiayaan pembangunan ini masih lagi berada di bawah sasaran dana yang kami anggarkan.
Oleh itu, kami memerlukan bantuan dan sokongan dari para dermawan sekalian untuk bersama-sama membangunkan Pondok Turath Amanullah ini dari awal hingga akhir dengan mencukupkan tabung dana pembangunan, pengurusan dan kebajikan kami hari ini.
Alhamdulillah, hasil kutipan sebelum ini membolehkan kami membuat pembelian tanah serta pembersihan kawasan tersebut menjadi kawasan lapang.
Selain sumbangan dana, kami juga membuka peluang untuk anda membuat sumbangan dalam bentuk bahan binaan seperti batu-bata, simen, pasir, besi-besi dan alatan kelengkapan pembinaan yang lain.
ILUSTRASI 3D KESELURUHAN PEMANDANGAN PEMBANGUNAN PONDOK PENGAJIAN TURATH AMANULLAH
Terkini, pembinaan fasa pertama pondok ini akan bermula sejurus selepas kutipan dana mencecah RM20,000! Ayuh, cukupkan dana sekarang agar lebih ramai warga emas dapat meningkatkan kualiti hidup mereka!
Maklumat Tambahan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: 019-6069793 (Wakil Pengurusan Pondok Pengajian Turath Amanullah).